March 18, 2011

APAM DOT DOT



Teruja dgn apam dot dot yang banyak dlm blog, juga pernah makan dlm majlis..teringin pula hendak mencuba. Warna apam yg ku buat ni dipilih oleh anak perempuan..dia juga la yg tolong buat. Aku hanya buat bancuhan dan kukus. Ada dua filing iaitu cokelat dan strawberi.




February 15, 2011

KEK COKELAT KUKUS

Sebenarnya dah lama tak masak kek. Tapi bila anak-anak dah mula kerja dan sambung belajar,,baru la nak rajin sikit...bukan apa nak buatkan bekalan dari air tangan ibunya..tapi kena buat yg mereka suka..selalu buat kek cokelat ni bakar dlm oven,,,tp yang kukus tak pernah cuba,,tp ok juga la.









February 14, 2011

BUNGA RAYA HAWAII







Bunga raya ini ditanam pd masa anak2 cuti sekolah panjang. Bunga ni senang ditanam ikut kata penjual. Bunganya besar tp cantik dan lain daripada bunga raya biasa. Beli 2 warna, kuning dan merah.

January 29, 2011

BARANG TEMBAGA

Mak dah bagi lama barang2 tembaga ni pada aku. Sebenarnya aku tak nak ambil, lagi pun tak ada almari nak letak...Tapi nak jaga hati emak, jgn dia kecil hati pula...Baru2 ni masa mengemas rumah,,jumpa barang tembaga...dalam plastik lagi..Alhamdulillah diberi idea utk letak barang2 tembaga itu...Tapi belum sempat nak polish.. Ada yang aku letakkan potpori dari daun pandan..alas bekas bunga..tengoklah seperti dalam gambar..Ada kelapangan nanti boleh polish bagi kilat..








November 23, 2010

LABU SAYONG

Sejak akhir-akhir ni byk dapat la ole-ole cawan-cawan comel lote buatan negara Cina..almaklumla cuti sekolah ni banyak kenduri kawin...Ini membuatkan aku teringat suatu ketika dahulu,,aku pernah ke Kuala Kangsar..hajat di hati nak beli labu sayong yang kecil dlm kuantiti yg agak byk...bila-bila perlu boleh dibuat sebagai hadiah atau cenderahati...bila dah ambil aku pun mintalah pekedai tu masukkan dalam kotak.....rupa-rupanya tak de kotak...sayang seribu kali sayang....benda kecil tapi boleh dijadikan produk pelancongan yang berharga....lantas aku tak jadi beli....
Pengalaman berkunjung ke Kucing, Sarawak....beza sekali...Pasu-pasu besar pun kita boleh bawa balik...servis yg baik....siap bungkus dan balut....begitu juga kedai kek lapis Dayang,belilah berapa banyak...bungkus kemas dalam kotak..siap tulis nama kita lagi...lagi...ikan terubuk masin pun gitu...kat pasar...mereka masukkan dalam kotak...bungkus...semua ni buat kita sbg pelancong senang nak bawa balik...
Jadi renong-renongkanlah sesiapa dan badan-badan yang berkaitan terutamanya dgn pelancongan...

November 14, 2010

Bukit Fraser

Baru-baru ini kesempatan pergi ke Bukit Fraser. Kali pertama pergi ialah rombongan kira-kira 25 tahun dulu...Tiada byk beza...Kekal dgn alam semula jadinya..







August 9, 2010

TAHNIAH UNTUK INTAN

Tahniah dapat baby boy.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

TAHNIAH UNTUK ICA

Tahniah kepada anak saudaraku,ica yang selamat melahirkan anak perempuan. Jangan lupa makan ubat.



July 31, 2010

Ucapan Ramadhan

Kala berakhir senja Sya’ban
datanglah sabit bulan Ramadhan
Jika diri ada kesalahan
sudilah hati buka kemaafan

Datang awan membawa hujan
rianglah katak berenang lompatan
Bulan Ramadhan bulan Al Quran
Selamat datang wahai Ramadhan
Selamat menggapai keutamaan

Ramadhan Sale*:
Diskaunn dosa besar-besaran, hingga 100%!
Bonus pahala 700 kali lipat!
Hadiah langsung bebas dari neraka, tanpa diundi!
Door prize Lailatul Qadar, rekening pahala 1000 bulan!
* Syarat dan ketentuan berlaku

Ketika dibelenggu setan durjana
Ketika dibuka pintu-pintu surga
Ketika dikekang segala kejahatan
Ketika dimudahkan amal kebaikan
Ketika dosa diberi ampunan
Ketika pahala dilipatgandakan
Sungguh merugi yang mengabaikan
Sungguh beruntung yang menghidupkan
Bulan Ramadhan telah tiba
Doa dan maaf yang saya pinta

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...