January 25, 2009

Kuih Lapis


Hari ini aku cuba buat kuih lapis dari resepi noraini..Terima kasih.

Dah lama tak cuba buat kuih2 melayu...selalu beli aje. Ingatkan anak tak suka makan kuih ni..

Ya ler...selalu bila beli tak berapa laku....tapi yang aku buat ni nampak anak2 suka makan....aku buat ikut resepi asal...menjadi...boleh makan selapis selapis lagi...

Selama ni bukan tak nak cuba dari buku...tapi takut tak jadi....tapi bila tgk maklumbalas dari blogers lain....cuba la resepi ni...


Bahan-bahan :

2 cawan tepung beras

1 1/2 cawan tepung gandum

2 sudu besar tepung ubikayu

1 cawan gula pasir

600 ml santan pekat

800 ml airsedikit garam

1 sudu teh esen ros

sedikit pewarna merah dan hijau


Cara Membuatnya :

1. Masukkan tepung beras, tepung gandum, gula, garam, santan dan air dalam sebuah mangkuk.Gaul hingga adunan sebati.Tapiskan untuk membuang gentel tepung.

2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Warnakan merah dan hijau.

3. Panaskan loyang dalam pengukus. Tuangkan dua senduk adunan hijau dalam loyang.Tutup periuk kukus dan kukus 10 minit.

4. Tuangkan pula adunan merah dan kukus 10 minit. Buatlah cara yang sama hingga adunan habis. Lapkan penutup kukus setiap kali hendak menutupnya semula.

5. Apabila kuih telah masak, angkat dan sejukkan.

January 10, 2009

KEK PISANG




Hari ini,,,aku buat kek pisang. Bukan la rajin...tapi tepung kek pisang dah lama beli kat Tesco tu belum dibuat lagi....bakar dlm 2 bekas loaf....yg lebih tu bakar dalam bekas muffin....

January 5, 2009

Resepi kek lapis hawflakes

Inilah resepinya..ambil dr internet..

Bahan-bahannya:

Bahan A : Dipukul kembang dan ringan
  • 250 gm susu pekat
  • 250 gm butter

Bahan B:

  • 6 biji telur gred A ( jika gred B..7 biji)
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • 1 s/k esen vanila
  • 1 s/k ovallete

Bahan C :
** Kurma / Asam flake / prune / kismis / coklat chips

Cara- caranya :
  1. Pukul gula dan telur satu persatu sehingga kembang dan gebu / ringan.
  2. Masukkan bhn A , ovallete , dan esen vanila.Kacau rata.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
  4. Panaskan oven api atas shj, suhu 170'c.
  5. Masukkan 2 sudu besar adunan dlm loyang yg telah dilapik kertas minyak.
  6. Bakar selama 10 minit.Selepas itu lapiskan lagi serta letak kurma @ apa yg disukai dan bakar10 minit lagi..
** Begitulah sehingga habis. Setelah habis , akhir sekali bakar menggunakan api bawah sahaja selama30 minit.

January 4, 2009

Itik




Sekarang ini ada sepasang itik. Kawan suami bagi...so pelihara la...skrg dah besar...anak-anak aku rajin nampaknya jaga itik...bagi makan...

Kek Lapis Hawflakes




Kek ini aku buat untuk nurul yg masuk u, semester ke2. Resepi ini simple, so aku try la....OK juga. Biasala..anak-anak den...sedap tp tak cukup ler....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...