May 14, 2015

DRAMA HATI PEREMPUAN

Drama Hati Perempuan telah melabuhkan tirainya. Banyak pros dan kontras. Namapun manusia..Ada yang suka dan ada yang tidak suka.  Tersangat jarang tengok drama melayu/slot apa pun sebab ada masa hero bagus  tapi heroin pula tak kena atau sebaliknya..Ada pelakon yang bagus tapi jalan cerita pula tak menarik..Jadi tak tengok la dan tak ada la nak kutuk-kutuk. Tapi bukan drama HP.

March 15, 2015

GO SHOP


Kali pertama beli barang dgn GO SHOP..
Layanan yang baik,mesra,mudah dan cepat..Barang pun dapat cepat....

June 12, 2014

NUHA DELISHA 1 YEAR

Alhamdulillah cucu sulong genap umur setahun pada 3 Jun.. Tapi buat sambutan pada 7hb..
Sambutan di kalangan ahli keluarga dua belah pihak jer.
Tetapi cucu tak sihat..Tak de la havoc..Malah belon dan barang lain yg dah beli pun lupa nak keluarkan..
Wan doakan nuha jadi anak yang soleh,beriman, bertakwa serta berakhlak...Rajin solat,,pandai dan hormat pada orang tua serta sihat walafiat selalu.




BISKUT-BISKUT


Dah lama rumah ni bersawang...Sebenarnya banyak entry yang nak dimasukkan tapi terlalu sibuk...Saja nak tayang sedikit kerajinan dalam masa cuti tambah pula anak-anak pun bercuti..Semangat sikit untuk masak..Tart gulung, tak ingat ambil dari mana coz byk sgt resepi tart gulung yg dlm simpanan ,chocolate chips/resepi kak fida dan kek cawan/cha@myresepi yang simple tapi sedap...Semua resepi diambil dari rakan-rakan blog...Terima kasih












November 19, 2013

CUCU SULONG

Alhamdulillah pada 3Jun 2013, ALLAH kurniakan cucu sulong seorang puteri diberi nama Nuha Delisha. Dah 5 bulan.




November 17, 2013

KONVO HILMAN

Tahniah kepada anak, Hilman atas kejayaannya mendapat anugerah terbaik program semasa konvo
 di UITM,Lendu,Melaka. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat.



Bersama adik

                                                                 Bersama kembar abang

December 31, 2012

2012-2012

Tarikh yang sangat bermakna buat diriku.  Aku ingin abadikan tarikh ini dalam blog. Ucapan Selamat Hari Jadi dari diriku kepada diriku.  Moga Allah panjangkan umur, dimurahkan rezeki, kesihatan yang baik,pohon diberi segala kebaikan dan yang paling utama ialah sentiasa mendapat keberkatan Illahi di dunia dan 
di akhirat.






October 29, 2011

BLUEBERRY MUFFIN




Blueberry yang dibeli masih belum digunakan lagi...Kali ni nak cuba buat muffin lagi. Yang lepas ada silap sikit..keras sikit...
Tapi buat kali ni menjadi...ambil resepi dari Mat Gebu@myresipi, terima kasih.

Blueberry Muffin

Bahan-bahan ( Hasilkan lebih kurang 24 biji )
• 170 g mentega
• 160 g gula kastor (boleh gunakan gula perang)
• 4 biji telur gred A
• 350 g tepung gandum
• 20 g baking powder
• 1 camca teh esen vanilla
• Blueberry filling secukupnya
• Badam keping untuk hiasan (jika suka), tak letak
• Muffin cup secukupnya (kurang lebih 24 biji)
• 160 ml susu segar (susu cair pun boleh...)
Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu per satu dan juga esen vanilla, sambil terus memukul hingga adunan menjadi putih.
2. Gaul tepung bersama baking powder dan ayak. Masukkan tepung ke dalam adunan mentega berselang-seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.
3. Sudukan adunan ke dalam muffin cup, jangan penuh. Isikan sedikit blueberry filling dan tambah adunan muffin diatasnya. Anggaran 3/4 penuh. Tabur dgn sedikit badam keping dan susun dalam dulang pembakar.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bergantung pada keadaan oven masing-masing.

NASI AYAM PENYET



Semasa ke Unisel untuk urusan konvo anak, aku kena menunggu lama..so aku pesan nasi ayam penyet..sebab tak pernah makan..nak cuba la..simple je.
Balik rumah cuba cari resepi di internet...weekend tu aku masak ambil resepi dari blog myresepi..

NASI AYAM PENYET
Bahan-bahan ( 6 orang )
• Untuk Ayam
• 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
• ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
• ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
• 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
• 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
• 1 sudu besar Serbuk Kunyit
• ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
• 3 ulas Bawang Putih
• 1cm Halia
• Sedikit Air
• 1 sudu kecil Garam
• Minyak masak untuk menggoreng.

• Untuk Sambal
• Sedikit minyak masak
• 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
• 10 biji Cili padi
• 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
• 3 biji Bawang putih, hiris
• 5 biji Tomato, potong 4
• 5 cm Belacan
• 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
• 3 sudu gula merah/secukup rasa

• Untuk Nasi
• 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
• 3 ulas bawang putih
• satu btg kayu manis
• 4 biji buah pelaga
• 2 kuntum bunga lawang
• sedikit butter
• garam
• kiub pati ayam/daging
• 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara
Untuk Ayam Penyet
1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal
6. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
7. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
8. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
9. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
10. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
11. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
12. Masukkan gula merah dan gaul rata.
13. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Untuk Sup
14. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
15. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi
16. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
17. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
18. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
19. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.



KONVOKESYEN NURUL


Syukur my only daughter telah berjaya memperolehi diploma dalam pengajian awal kanak-kanak di UNISEL. TAHNIAH. Sekarang sedang menimba pengalaman di tadika, salak tinggi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...