.jpg)
January 26, 2009
January 25, 2009
Kuih Lapis

Hari ini aku cuba buat kuih lapis dari resepi noraini..Terima kasih.
Dah lama tak cuba buat kuih2 melayu...selalu beli aje. Ingatkan anak tak suka makan kuih ni..
Ya ler...selalu bila beli tak berapa laku....tapi yang aku buat ni nampak anak2 suka makan....aku buat ikut resepi asal...menjadi...boleh makan selapis selapis lagi...
Selama ni bukan tak nak cuba dari buku...tapi takut tak jadi....tapi bila tgk maklumbalas dari blogers lain....cuba la resepi ni...
Bahan-bahan :
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubikayu
1 cawan gula pasir
600 ml santan pekat
800 ml airsedikit garam
1 sudu teh esen ros
sedikit pewarna merah dan hijau
Cara Membuatnya :
1. Masukkan tepung beras, tepung gandum, gula, garam, santan dan air dalam sebuah mangkuk.Gaul hingga adunan sebati.Tapiskan untuk membuang gentel tepung.
2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Warnakan merah dan hijau.
3. Panaskan loyang dalam pengukus. Tuangkan dua senduk adunan hijau dalam loyang.Tutup periuk kukus dan kukus 10 minit.
4. Tuangkan pula adunan merah dan kukus 10 minit. Buatlah cara yang sama hingga adunan habis. Lapkan penutup kukus setiap kali hendak menutupnya semula.
5. Apabila kuih telah masak, angkat dan sejukkan.
January 10, 2009
January 5, 2009
Resepi kek lapis hawflakes
Inilah resepinya..ambil dr internet..
Bahan-bahannya:
Bahan A : Dipukul kembang dan ringan
Bahan C :
** Kurma / Asam flake / prune / kismis / coklat chips
Cara- caranya :
Bahan-bahannya:
Bahan A : Dipukul kembang dan ringan
- 250 gm susu pekat
- 250 gm butter
Bahan B:
- 6 biji telur gred A ( jika gred B..7 biji)
- 1 cawan gula halus
- 2 cwn tepung naik sendiri
- 1 s/k esen vanila
- 1 s/k ovallete
Bahan C :
** Kurma / Asam flake / prune / kismis / coklat chips
Cara- caranya :
- Pukul gula dan telur satu persatu sehingga kembang dan gebu / ringan.
- Masukkan bhn A , ovallete , dan esen vanila.Kacau rata.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
- Panaskan oven api atas shj, suhu 170'c.
- Masukkan 2 sudu besar adunan dlm loyang yg telah dilapik kertas minyak.
- Bakar selama 10 minit.Selepas itu lapiskan lagi serta letak kurma @ apa yg disukai dan bakar10 minit lagi..
January 4, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)